Saturday, August 13, 2011

Hargailah orang yang kita miliki.

Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada gurunya.ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: "cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling  kita sayang? macam mana  juga kasih sayang itu nak berkekalan?

 Cikgu: "ok kamu ikut  apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang .Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang paling  cantik, bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: "tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa  menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

Cikgu: " ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita  patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik2nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan lebih baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang paling cantik dan baik seperti rumput tadi...

No comments:

Post a Comment